Saturday, May 25, 2013

Life Update

Assalamualaikum..

Finally, semester 2 Tingkatan 6 tamat. Hooray! *melompat*. So, saya dah ada masa untuk update blog. Sepanjang semester 2 ni, saya memang malas gila tahap gaban nak berbloging. Bukan bloging je, facebook pon saya siap deactivate. Nak lagi hebat cerite; laptop saya simpan bawah katil. Then semalam baru cari laptop yang dah diselaputi habuk..*urgh. Bukannya apa, saya rasa macam ada benda lebih penting daripada berblogging. Tapi sekarang, semua buku yang selama ni saya letak atas meja belajar ni semuanya saya dah simpan dalam rak. Now, laptop SAHAJA yang ada atas meja ni...bhahahaha! Haih... saya rasa buku-buku yang banyak tu macam nak di buang, tapi rasa berdosa pulak. Nak bagi orang, rasa macam nak guna lagi ( in case kalau saya repeat paper lah ). Bila tersimpan dekat rak, rasa macam rimas. Tak tau nak buat apa. So, saya biarkan je la dalam rak.

Masa sebelum exam hari tu, banyak benda yang saya angankan. Nak kemas rumah, kemas bilik, basuh bilik air, buat kek dan macam-macam lagi. Bila dah habis exam, tak rase pulak nak buat macam tu. Apakah ini?! So, saya harap kerajinan tu datang menupuk belakang ini supaya jangan malas dan jangan asyik nak berhibernasi macam polar bear.

Baru-baru ni, saya tak tahu la. Saya semakin berani memandu pusing-pusing dekat kedai-kedai yang ada kat Batang Kali ni. Almaklumlah dah berani pijak pedal minyak kereta. Memang pantang asal kunci kereta ade kat tangan la kot. Ish-ish... Kalau boleh memang saya tak nak biasakan. Saya takut saya jadi kutu rayau suatu hari nanti. Tapi setakat ni setiap kali saya keluar naik kereta pergi mana-mana, saya akan inform kat parent samada sebelum atau selepas saya pergi. Saya nak bagi tips sikit kat anda; anak-anak dara di luar sana, kalau naik kereta terutama sekali jika memandu sorang-sorang atau pun ada teman perempuan dekat sebelah, silalah lock setiap pintu kereta dengan segera. Demi keselamatan anda terjaga. Eh bahayalah kalau memandu tak lock kereta. Dibuatnya tiba-tiba ada orang jahat menyilanap masuk, hah....hanya Allah je lah yang tahu apa akan jadi. So, berhati-hati ye.

Cuti sekolah ni mungkin saya tak pergi mana-mana. Hanya duduk di rumah dan manjakan kulit. Masa dalam tempoh periksa hari tu, memang saya langsung tak amek kisah pasal kulit saya. Seriously, minyak, blackhead makin menjadi-jadi. So, waktu cuti ni memang saya nak bukak spa kat dalam rumah ni.

Oke la.. macam takde point je saya post entry. Dah takde modal nak tulis dan sekadar meng-update. Bye!