Monday, January 28, 2013

Pemandu berhemah?

Assalamualaikum.

Pagi tadi lepas je selesai solat subuh aku terus siapkan kerja sekolah. Tak tau la kenapa hari ni aku rajin sangat. Selalunya aku akan buat O.T tidur. Tau O.T? O.T tu maksudnya over time. Lepas je separuh kerja sekolah aku siap, tiba-tiba ayah panggil turun untuk makan. Hari ni punya breakfast memang grand gila la bagi aku. Nasi lemak, kebab dengan air milo. Grand la tu bagi aku. Seingat aku, kali terakhir aku bersarapan kebab time aku sekolah rendah dulu. Sayang gila kat mak ayah. Tau-tau je anak dara dia ni tengah kempunan burger. Tak dapat burger kebab pon jadi la kan? Disebabkan hari ni cuti Thaipusam, tiba-tiba teringin nak main boling.

Nak di jadikan cerita, hari ni aku drive pergi Bukit Beruntung. Ya Allah, takut gila aku. Ayah suruh aku drive?! Sebelum keluar rumah tadi ayah suruh aku amek kunci kereta kancil. Aku pon amek je la. Pastu ayah suruh drive.  Memang aku merengek tak nak la. Then ayah pun mengalah. Sampai je dekat Rasa, ayah stop kereta dekat tepi jalan. Pastu suruh aku drive. Nak menangis aku di buatnye. Lesen P aku tak siap lagi. Hari jumaat ni baru siap. Ayah kata takpe dan kalau da ada lesen tapi tak berlatih memandu apa gunanya keluar duit beratus-ratus hanta belajar drive.

Sepanjang aku drive kereta tadi memang mulut aku tak henti berselawat, berzikir sume. Takut kot..! Nak-nak nya lagi ayah yang duduk kat sebelah tengah cakap-cakap disamping ada sedikit membebel kat aku. Aku da la tak boleh fokus drive kalau ada orang cakap-cakap. Sampai je kat seimpang mana entah...aku sepatutnya tukar gear. Tapi aku tertukar gear satu then tak boleh masuk. Panik gila time tu! Tak jadi nak belok. Lepas tu ayah marah-marah dia suruh aku stop. Then dia yang drive. Hahahaha!! Itu yang aku nak sebenarnya. So, kepada kawan-kawan yang nak sangat tumpang kereta aku drive, baik jangan la buat masa ni. Aku pun sebenarnya belum yakin lagi nak bawak penumpang. Nak-nak lagi kalau anak orang.
Jadi, ni la kereta yang akan aku gunakan untuk berjalan-jalan, bersiar-siar. Berani ke aku ? Dalam banyak-banyak kereta yang ada dekat depan umah aku tu, kereta kancil ni je la yang aku rasa aku yakin nak drive

Friday, January 25, 2013

Random Things

Assalamualaikum.

Cita-cita ku untuk selalu update blog memang tak tercapai la kan. Ni pon ade masa sikit aku gagahkan untuk menaip sedang hidung dan tekak tengah gatal-gatal. Tak tahan ouh...rasa macam nk cabut je hidung aku gosok-gosok.

Pagi tadi kat sekolah ada merentas desa. Aku tolong cikgu jaga check point and capture no. budak-budak. Phew..selamat aku sekarang Form 6. Boleh goyang kaki tak payah lari. Hahaha. Walaupun aku tak lari, tapi sunburn tetap membaham kulit aku. Tapi tak teruk mane la. Masker kan ada.
Edited picture. Kalau bagi yang ori memang minyak, peluh, sunburn sume nampak.

 Masuk tahun ni aku akan menghadapi peperiksaan STPM semester yang kedua. Memang gila r. Kena pikul antara silibus pelajaran dengan PBS. Tu belum lagi aku kira biro disiplin MPP dengan Ketua Exco Disiplin Penagawas Sekolah. Gila la.. masak aku. Tapi kadang-kadang semua tu mengajar aku untuk menjadi matang. Kembali kepada akademik, aku rasa sekarang aku banyak tumpu kat PBS. Tapi tak boleh buat macam tu ouh. Kena imbangkan kedua-duanya sekali. Ni pon aku masih lagi planing personal timetable. Tapi takpe. Allah kan ada. Just berdoa untuk dipermudahkan urusan harian je. Kan?
(maaf, gambar tak bole di rotate)
Sekarang aku dah tak pakai baju putih. Aku pakai baju warna biru. Hari pertama sekolah je aku pakai baju putih sebab baju biru aku belum siap lagi.

Sepanjang aku tak update blog ni, banyak moment yang aku lalui dan tak sempat untuk dikongsi. Sebab sejak aku bergelar pelajar pra universti ni..(ecececeh poyo)...aku da tak banyak masa untuk melayan benda-benada lagha ni. Hahaha. But FB ngan TWITTWER memang tak terlepas dari mengupdate status. Kpop-kpop memang da out of my list untuk melayan. Aku memang simpan dalam almari la sume tu. Sebab apa, sekali aku cuba melayan, memang tak berganjak la dibuatnya. Benda yang selalu melekat ngan aku sekarang ialah ruled card, pen and books untuk aku buat pocket note.

SCHOOL is COOL!

Aku sekarang suka pergi sekolah. Bagi aku sekolah boleh mematikan semua negative thinking aku tetang betapa bosannya duduk rumah. Sekurang-kurangnya bebelan dan keletah cikgu dan kawan-kawan membuatkan hidup aku ceria di samping menimba ilmu. Maybe some of you akan " what?! you said school is cool? what the #$^@%&!^*!" Betulakan. Tapi seriously aku cakap, pergi sekolah memang best.

OKe la .. da takde modal aku nak taip. Kang merapu pulak aku kang. Bye!