Saturday, June 15, 2013

Cakap.

Asslamualaikum.

Hello my silent readers! Dah lama rasanya tak update blog. Sekarang sekolah dah bukak. So, saya akan mula membusy kan diri. Anyway, now dah masuk penggal 3 saya ber-STPM! Tak lama lagi saya akan tamat sekolah. Yeay! But, post kali ini agak emotional sikit. Siapa yang menyampah jangan baca. Karang menggunung pulak rasa menyampah anda kat saya. Hee~ ^_^

Hurm... I wonder la dengan habit saya baru-baru ni. I'm talking to things and sometime I'm talking alone. Adakah ini penyakit gila? Sejak adik saya masuk universiti, saya mula rasa sunyi. Walaupun masa adik saya ada dekat rumah saya memang jarang bercakap dengan dia. Saya nak bercakap dengan adik saya pun depend on mood dia. Biasalah remaja nak masuk alam dewasa; hormon emotional, cepat terasa sume tengah menggelegak. Saya faham. Masa adik saya ada dekat rumah, saya memang suka usik-usik atau sakat-sakat dia. Adik saya pulak, kalau mood dia okay, dia suka buat lawak bodoh. Kadang- kadang when I'm talking to him dia buat bodoh, saya akan terus bercakap sampai saya tak tau nak cakap. So, dekat situ saya rasa macam jiwa saya di hiburkan and I can release apa yang saya nak cakap. Tapi lepas semuanya tinggalkan keluarga dek further study, saya jadi sunyi. Balik je sekolah, selalunya rumah riuh rendah dengan bunyi tv. Tapi sekarang dah tak macam tu.

Saya memang suka bercakap, buat lawak bodoh dan sebagainya. Lagi-lagi dengan orang yang saya rapat dan boleh di percayai contohnya mak, ayah, abang-abang, adik dan keluarga. Kalau diorang ada je depan mata; especially mak dan ayah, ada je benda nak cerita. Bila diorang melangkah masuk pintu rumah lepas balik kerja, automatically mulut ni mula bersuara. Sampaikan tadi baru siang perut ikan pun nak cerita dekat mak. Haa.. nampak tak kebosanan hidup saya di situ?

Kalau nak diikutkan, saya memang ramai kawan. Saya dengan kawan saya bersembang jugak. Tapi dengan diorang, saya tak sembang lebih-lebih demi keselamatan dan saya berkawan dengan mereka setakat di sekolah dan bukan kawan sehati sejiwa di mana saya bole ajak dia datang rumah, keluar jalan-jalan dan meletakkan kepercayaan 100%. I mean, we can't always trust our friend. Kadang-kadang memang kita rasa kawan kita tu baik, pendengar setia dan sebagainya. Tapi, kadang-kadang kita tersalah nilai seseorang. Kita menceritakan ketidak puasan hati kita kepada seseorang, hal peribadi atau masalah yang kita hadapi kepada dia (kawan) dengan harapan dia boleh simpan rahsia kita. Tup..tup esok lusa kita dapat tahu yang rahsia kita dah terbongkar. Mestilah kita rasa kecewa, sedih dan mula membenci. Tapi, saya selalu pegang bahawa " biarlah orang berbuat jahat kepada kita dan kita pula jangan seseklai berbuat jahat kepada orang lain". Saya percaya bahawa orang yang bersabar keatas musibah yang melanda hidupnya akan di balas kenikmatan suatu hari nanti. Saya bercakap base on my experience dan saya bukan nak kata semua kawan saya tak baik. Cuma kita perlulah berhati-hati dengan mereka. Dan mungkin disebabkan itu saya jadi alone dan bercakap sorang-sorang.
Hurm... bosan * cangkung sambil buat lukis pusing-pusing

Tapi, perkara yang membuatkan saya sedih sekali ialah apabila saya bercakap dengan seseorang atau depan orang ramai, diorang tidak memberi perhatian kepada saya atau make something funny dengan serious talk saya. Saya paling tak suka dalam keadaan itu. Terasa saya ni nothing important dan bodoh. Hahaha..mungkin perasaan je kot. Atau emotional terlebih.Hehehe. But, never mind. Yang penting sekarang ni saya tak sabar-sabar tunggu bulan Ramadhan. Yeay! Dapat buat pahala banyak-banyak dan adik dan abang saya akan balik rumah!

Oke, setakat ni aje...Bye!