Beauty Tips: Tips untuk rambut ikal

Assalamualaikum..

Ini ialah tips pertama yang saya akan kongsikan kepada korang semua.Tips penjagaan untuk rambut ikal. Tips yang saya akan kongsikan ini ialah kajian yang saya buat sendiri kepada beberapa orang individu dan melalui pembacaan. Sebelum tu, let me introduce a few detail tentang rambut jenis ikal. Pada pengamatan saya, rambut ikal ialah rambut yang lahir lurus dari akar dan akan mengerinting atau beralun di hujungnya. Macam rambut model dalam gambar kat bawah ni :
                                       (Sumber gambar dari Google)

Bagi saya, rambut ikal ni sebenarnya jenis rambut yang paling cantik untuk setiap wanita yang memilikinya secara natural. Dan rambut jenis ini dapat memberi imej yang berani dan berketerampilan kepada pemiliknya.

Tips penjagaan:

Jika tebal :

Jika rambut ikal anda terlalu tebal dan menggerbang, anda boleh nipiskan sedikit dengan membuat layer atau kalau cara saya nak nipiskan rambut, saya akan buat guntingan twist. Susah nak terangkan. But anda boleh  datang dan belajar dari saya.

Jenis sikat :

 Sikat yang sesuai untuk menyikat rambut ikal ialah sikat seperti dia atas. Saya pun tak tahu nama sikat tu ape. Tapi sikat tu memang sesuai untuk mengekalkan alunan semula jadi rambut ikal anda. Sikat yang paling tak sesuai untuk rambut ikal ialah sikat jenis brush dan sikat bergigi. Sikat jenis brush boleh membuatkan rambut ikal jadi menggerbang manakala sikat bergigi pulak, kalau rambut ikal tebal, boleh mematahkan gigi sikat tersebut. Haha!

Extra:

Anda boleh bermain dengan rambut anda sambil menggulung-gulungkan jari rambut pada jari anda. Nak lagi rambut ikal tu nampak cantik alunannya, anda boleh kepitkan rambut anda semasa anda sedang basuh pinggan atau membuat kerja yang memaksa anda mengikat rambut anda. Caranya twist keseluruhan rambut anda dan kepitkan di kepala anda. Lepas tu anda lepaskan rambut anda balik selepas beberapa minit.Tak caye? Try la...!

The best way untuk jaga rambut ikal ialah, jangan sikat. Hanya sikat menggunakan jari. Rambut ikal anda akan nampak lebih cantik, natural dan seksi(?) But it's true. Saya tak tipu. Kadang-kadang ada sesetengah rambut ikal bila di sikat dia akan nampak menggerbang akibat geseran rambut dengan sikat. Ala..senang cerita rambut tu nampak macam mneggerbang kalau korang rapatkan rambut korang dekat tv..

Kalau nak keringkan rambut, jangan gosok-gosok rambut dekat tuala dengan kasar. Actually kalau korang buat macam tu lagi merosakkan rambut dan rambut boleh jadi kasar. So, lepas ni, pastikan lepas dah selesai cuci rambut, perah dulu rambut dengan tangan( macam perah kain basah). Pastu, kalau dah agak-agak air dah tak banyak menitik-nitik dari rambut, terus balut rambut pakai tuala. Biar tuala yang serap air yang selebihnya. Tunggu sampai rambut tu lembap kering dan tanggalkan tuala. Biar kan rambut tu kering sekering-keringnya dengan udara persekitaran. Jangan gunakan hair dryer.

Kalau nak lagi nampak cantik dan berkilau, sapu minyak zaitun di rambut ikal anda. Caranya dengan titipkan setitik dua minyak zaitun kat tapak tangan dan gosokkan kedua belah tapak tangan. Pastu gosokkan dengan lembut di hujung rambut ikal anda. Terserah kepada anda sama ada nak sapu banyak atau sikit. 

Oke, setakat ni sahaja pengetahuan saya tentang nak jaga rambut ikal mayang. Tapi perkara yang paling penting untuk menjaga mahkota anda ialah dengan menutup rambut anda di hadapan khalayak ramai.