Saturday, November 24, 2012

Happy Wedding Anniversary [ I love mom and dad! ]

Assalamualaikum and good morning to all my readers (<---actually takde la ramai mana pun reader)

 Hari ni, hari Ahad bersamaan 25 November 2012 tibe-tibe terajin bangun di awal pagi pukul 5.45 am untuk masak nasi goreng dengan air kopi o untuk mak ayah. Seriously, sebelum ni tak pernah pulak saya TER-rajin dan SE-excited nak bangun awal-awal di pertengahan musim cuti sekolah yang membosankan ni. Selalunya pukul 6 tak pun 6.30 am saya bangun.

Hari ni actually hari yang sangat special. Tarikh hari ni lah tarikh mak dan ayah saya di ijab kabulkan dan di satukan sebagai suami isteri. Senang cerita hari ni ialah hari ulang tahun perkahwinan mak dan ayah yang ke-23 tahun. Syukur alhamdulillah sebab Allah kekalkan usia perkahwinan mereka sampai sekarang dan saya harap sampai ke akhirat kelak.

Saya tak tau nak bagi hadiah ape sempena ulang tahun perkahwinan dieorang. Lagipun duit poket tak masuk lagi. So, yang hanya saya mampu bagi kepada mereka ialah masakan saya yang tak seberapa yang nak sedap. Malam tadi ada jugaklah terfikir-fikir nak buat kek. Tapi rase macam tak yakin pulak dan saya takde pengalaman buat kek. Yang selalu buat kek kat dapur mak sorang je la. Saya just pandai makan je. Buat tak reti. Hehe!

Siapa kata sebelum kahwin kena bercinta bagai nak rak dan kena tahu segala-galanya tentang pasangan?

 Ni saya nak kongsi sikitlah macam mana mak dengan ayah boleh bertemu. Cerita ni sumber daripada emak dan tiada sebarang tokok tambah oke. Diorang sebelum kahwin memang tak bercinta. Tup-tup mak kata ayah dah masuk meminang. Pernah jugak saya tanya macam mana ayah bole masuk meminang mak sedangkan diorang tak pernah kenal dan tak pernah bercinta. Rupa-rupanya masa mak umur 19 tahun, mak dah start kerja kat JKR. Ayah saya pun kerja dekat JKR. Mak saya sebagai kerani dan ayah saya sebagai pembantu teknik masa tu. Ayah kadang-kadang ade la jugak terusha-usha mak. Ayah kata mak seorang yang lurus dan tak pandang kiri kanan. Dengan orang lelaki pun dia jarang sembang dan jarang bergaul bebas. Sebab tu la ayah saya tertawan. Ahak! So sweet... Dan perkahwinan mereka berkekalan sampai sekarang. See..! Diorang tak bercinta pun. Dah genap 23 tahun dah sekarang ni. Mak kata bercinta selepas nikah lagi nikmat daripada bercinta sebelum nikah. Sebab bercinta selepas nikah ialah cinta yang di redhai oleh Allah. Dan kami 4 beradik (base on the picture above) adalah bukti cinta mereka. Dan kami 4 beradiklah rezeki diorang yang Allah dah takdirkan.

Pernah jugak saya tanya macam mana mak boleh terima ayah sedangkan mak tak kenal ayah..entah-entah kaki pukul ke..? Mak kate, sekadar kita tahu pekerjaan (kemampuan), latar belakang keluarga dan sikap dia sikit-sikit pun dah mencukupi. Cuba bayangkan, kalau kita bercinta dengan seseorang tu dan kita dah tahu apa yang dia suka, ape yang dia tak suka, ohh..perangai die macam ni..macam tu, dan berkongsi segala-gala rahsia dan cerita tentang hidup pada pasangan. Andai kata kalau kahwin pun, dah takde benda special nak di cakapkan, nak di bualkan. Sebab sebelum kahwin dah cerita segala-galanya dah tahu baik buruk pasanagan. Kat situ dah macam nothing special and surprise. Dah takde kemanisan kat situ. So, pesan mak, elakkan lah bercinta time tengah-tengah belajar ni. Kalau dah menggatal sangat tu, kahwin je lah terus. Oke, dah dah..sampai situ je saya nak cerita. Tak nak cerita lebih-lebih.. and one more thing saya nak ingatkan, kalau mak ayah korang gaduh ke ada salah faham sikit ke ape ke... jangan risau. PERGADUHAN tu sesuatu yang dapat merapatkan lagi hubungan mereka. Dan korang jangan tensyen-tensyen tapi berdoa kepada Allah supaya pergaduhan tu hanya sementara.
 
Dikesempatan ini, saya nak ucapkan SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE- 23 TAHUN kepada mak dan ayah.Semoga perkahwinan dan hubungan diorang sebagai suami isteri berkekalan sehingga ke akhirat kelak. Aminn...
    

Tuesday, November 20, 2012

Semester Holiday

Assalamualaikum..

I'm back! So now I will blogging on this blog. Actually sebelum ni aku ade juga create acc blogger.com. Lepas tu gatal tangan tukar blog ke daum.blog ( http://blog.daum.net/kikiaegyo ). Tapi bile dah lame gune acc blog tu tak best rupenye. Kalau nak gune acc blog daum internet kene laju. Internet kat rumah aku ni kadang-kadang macam arnab kadang-kadang kura-kura. Haih, saba je la.. So, ni lah blog aku. Takde la lawa sangat pon. Lagi pun aku bukannya blogger sensation. Background dengan header aku design sendiri.   Tu pasal la tak berapa nak lawa..sebab aku yang buat sendiri.

Rindu kat blog ni.. But tadi bile aku sign in blogger, home blogger dah lain. Aku dah tak faham. Memang sesat jalan tadi. Peruntukan 15 minit nak cari button ' create new post '. Hahaha! Lagi pun aku dah lama tak tekan-tekan keyboard lappy untuk post something news kat blog. Ni pun setelah lebih kurang 2 minggu STPM Penggal 1 tamat, aku mula nak berjinak-jinak balik untuk blogging.

Ni nak cerite sikit pasal STPM hari tu. Seriously..... rase macam nak repeat kertas. Especially kertas Ekonomi dengan Sejarah. Mase jawab kertas sejarah hari tu, rase macam nk gigit-gigit je kertas soalan. Sejujurnya, satu soalan daripada enam soalan je yang aku betul-betul dapat jawab dengan yakin. Yang selebihnya macam hampeh.. Tapi padan muka! Sebab tak bace semua nota. Soalan ekonomi pulak, aku hanya tumpukan pada soalan kuantitatif ( soalan kire-kire ). Soalan teori pulak... jangan tanye la... Tapi aku harap semester depan aku tak nak buat main-main macam sem 1 hari tu.

Cuti sem ni aku tak kemana pon. Cuma duduk rumah jadi pembantu rumah En. Othman dan Pn. Nor Ain. Masak, basuh baju, basuh pinggan, cuci jamban, kemas rumah tu je la yang aku hadap hari-hari. Tangan pun makin lame makin kembang dan kasar. Biar je la.. aku dah tak kisah semua tu. Mak aku kata kalau tangan anak dara kasar, tu tandanya dia rajin buat kerja rumah dan bila salam dengan bakal mak mertua, senang hati bakal mak mertua nak buat menantu. Tersenyum kambing aku dibuatnye bila mak cakap macam tu.

Kelmarin aku pergi Aeon Jusco dekat Rawang then singgah kedai buku Popular. Memang rambang mata gila tengok novel bahasa inggeris. Kalu aku pergi kedai buku, buku yang buat aku batak nak beli novel bahasa inggeris. Macam novel Unfortunate Event by Lemony Snicket, Harry Potter by J.K. Rowling, buku tips penjagaan kesihatan kecantikan, buku buat origami lah sume tu..... kalau novel cintan cintun bahase melayu aku malas nak beli. Cuma pinjam dekat orang je. Sebab harge dah la mahal. Nak baca sekali je. Pastu last-lastnye duduk dekat dalam almari buku jugak. Yang pasal novel bahasa inggeris tu memang rasa macam nak grab semua je. Tapi poket kosong. Dalam hati ni mula la berungut " bila nak bagi voucher buku nih.. " Last- lastnye aku just isi borang nak buat member kad je..

Lepas tu masuk pulak dalam Jusco. Woalamak! Ade sale kowt! Tapi yang geramnye poket kosong. Pergi The Face Shop pulak lagi r.. membuak-buak nafsu aku nak membeli barang. Hari tu time dompet aku tebal takde pulak dia buat sale kasi potong harga bnyak-banyak. Ni time aku takde duit pandai pulak die nak potong Compaq powder RM 60 ke 50% . Meleleh air liur aku....

But my mom buat aku happy. Dia belanje beli sandal baru. Thank you mak! ^^

Oke la.. aku pon da takde modal nak tulis ape..so, babai.