Saturday, November 24, 2012

Happy Wedding Anniversary [ I love mom and dad! ]

Assalamualaikum and good morning to all my readers (<---actually takde la ramai mana pun reader)

 Hari ni, hari Ahad bersamaan 25 November 2012 tibe-tibe terajin bangun di awal pagi pukul 5.45 am untuk masak nasi goreng dengan air kopi o untuk mak ayah. Seriously, sebelum ni tak pernah pulak saya TER-rajin dan SE-excited nak bangun awal-awal di pertengahan musim cuti sekolah yang membosankan ni. Selalunya pukul 6 tak pun 6.30 am saya bangun.

Hari ni actually hari yang sangat special. Tarikh hari ni lah tarikh mak dan ayah saya di ijab kabulkan dan di satukan sebagai suami isteri. Senang cerita hari ni ialah hari ulang tahun perkahwinan mak dan ayah yang ke-23 tahun. Syukur alhamdulillah sebab Allah kekalkan usia perkahwinan mereka sampai sekarang dan saya harap sampai ke akhirat kelak.

Saya tak tau nak bagi hadiah ape sempena ulang tahun perkahwinan dieorang. Lagipun duit poket tak masuk lagi. So, yang hanya saya mampu bagi kepada mereka ialah masakan saya yang tak seberapa yang nak sedap. Malam tadi ada jugaklah terfikir-fikir nak buat kek. Tapi rase macam tak yakin pulak dan saya takde pengalaman buat kek. Yang selalu buat kek kat dapur mak sorang je la. Saya just pandai makan je. Buat tak reti. Hehe!

Siapa kata sebelum kahwin kena bercinta bagai nak rak dan kena tahu segala-galanya tentang pasangan?

 Ni saya nak kongsi sikitlah macam mana mak dengan ayah boleh bertemu. Cerita ni sumber daripada emak dan tiada sebarang tokok tambah oke. Diorang sebelum kahwin memang tak bercinta. Tup-tup mak kata ayah dah masuk meminang. Pernah jugak saya tanya macam mana ayah bole masuk meminang mak sedangkan diorang tak pernah kenal dan tak pernah bercinta. Rupa-rupanya masa mak umur 19 tahun, mak dah start kerja kat JKR. Ayah saya pun kerja dekat JKR. Mak saya sebagai kerani dan ayah saya sebagai pembantu teknik masa tu. Ayah kadang-kadang ade la jugak terusha-usha mak. Ayah kata mak seorang yang lurus dan tak pandang kiri kanan. Dengan orang lelaki pun dia jarang sembang dan jarang bergaul bebas. Sebab tu la ayah saya tertawan. Ahak! So sweet... Dan perkahwinan mereka berkekalan sampai sekarang. See..! Diorang tak bercinta pun. Dah genap 23 tahun dah sekarang ni. Mak kata bercinta selepas nikah lagi nikmat daripada bercinta sebelum nikah. Sebab bercinta selepas nikah ialah cinta yang di redhai oleh Allah. Dan kami 4 beradik (base on the picture above) adalah bukti cinta mereka. Dan kami 4 beradiklah rezeki diorang yang Allah dah takdirkan.

Pernah jugak saya tanya macam mana mak boleh terima ayah sedangkan mak tak kenal ayah..entah-entah kaki pukul ke..? Mak kate, sekadar kita tahu pekerjaan (kemampuan), latar belakang keluarga dan sikap dia sikit-sikit pun dah mencukupi. Cuba bayangkan, kalau kita bercinta dengan seseorang tu dan kita dah tahu apa yang dia suka, ape yang dia tak suka, ohh..perangai die macam ni..macam tu, dan berkongsi segala-gala rahsia dan cerita tentang hidup pada pasangan. Andai kata kalau kahwin pun, dah takde benda special nak di cakapkan, nak di bualkan. Sebab sebelum kahwin dah cerita segala-galanya dah tahu baik buruk pasanagan. Kat situ dah macam nothing special and surprise. Dah takde kemanisan kat situ. So, pesan mak, elakkan lah bercinta time tengah-tengah belajar ni. Kalau dah menggatal sangat tu, kahwin je lah terus. Oke, dah dah..sampai situ je saya nak cerita. Tak nak cerita lebih-lebih.. and one more thing saya nak ingatkan, kalau mak ayah korang gaduh ke ada salah faham sikit ke ape ke... jangan risau. PERGADUHAN tu sesuatu yang dapat merapatkan lagi hubungan mereka. Dan korang jangan tensyen-tensyen tapi berdoa kepada Allah supaya pergaduhan tu hanya sementara.
 
Dikesempatan ini, saya nak ucapkan SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE- 23 TAHUN kepada mak dan ayah.Semoga perkahwinan dan hubungan diorang sebagai suami isteri berkekalan sehingga ke akhirat kelak. Aminn...