Beauty Tips: Menambah Ketinggian Badan?

Assalamualikum w.b.t

Masa saya Form 3,4,5 dan sehingga sekarang, ramai kawan-kawan saya bertanya kenapa saya terlampau tinggi. Ada pulak yang tanya macam mana saya boleh tinggi macam ni. Pada awalnya saya sendiri pun tak perasan yang saya ni tinggi. Masa saya sekolah rendah dulu, saya selalu benci diri saya sebab saya tinggi. Kenapa? Sebab setiap kali perhimpunan saya terpaksa beratur dekat belakang sekali. Serius weyh, saya benci! Setiap kali saya nak beratur kat barisan depan sekali, mesti kawa-kawan aku mempersoalkan tentang ketinggian saya. What the fish man! Kasi la aku peluang der! Dalam kelas pulak, cikgu selalu letakkan saya dekat tempat belakang sekali. Rasa macam saya ni ganjil pulak. Tapi tu dulu zaman hingus tak kering lagi. Sekarang saya bersyukur dengan apa yang Allah dah cipta pada diri saya.

Sekarang, tinggi saya dah menjangkau 164 cm. Ramai kawan-kawan tanya macam mana saya boleh tinggi macam ni. Lagi pun dalam kelas saya di antara budak perempuan yang agak tinggi dalam kelas beside ada la beberapa orang lagi. Saya pun tertanya-tanya dan saya tak tau macam saya boleh tinggi macam ni. Ayah kata saya tinggi sebab keturunan. Saya ikut genetik ayah. Adik beradik lelaki saya semuanya tinggi.

Disebabkan ramai tanya saya petua untuk jadi tinggi, di sini, saya hanya boleh sediakan beberapa tips yang saya rasa boleh membantu anda serba sedikit:

1. Minum susu.

Saya memang penggemar susu sejak saya Form 1. 2 kali sehari saya minum susu iaitu di waktu pagi dan malam ( sebelum tidur ). Menurut pembacaan saya, susu membekalkan kalsium dan boleh menguatkan tulang. Kalau nak meninggikan tubuh badan tu saya tak tahu boleh ke tak. Mungkin boleh kot...

2. Tidur awal.

Saya pernah terbaca bahawa tidur awal di waktu malam boleh meninggikan tulang badan. Saya pun tak tahu apa kena mengena tidur awal dengan tinggi. But, dah buku cakap macam tu.. saya percaya je lah..

3. Bergayut

Pernah jugaklah orang kata dengan cara bergayut boleh membantu tumbesaran tulang. Saya pun tak tau sejauh mana kebenarannya. Nanti kalau jumpa tiang ampaian baju ke ape..try la bergayut-gayut kat situ..gerenti orang fikir awak tu tak betul. Hahahaha!!

Kalau tips yang saya sediakan di atas tak boleh membantu anda, anda boleh menggunakan alternatif lain untuk menampakkan anda tinggi. Antaranya ialah:

1. High heels / wedges

Anda boleh memakai high heel, wedges, pumps, dan seangkatan dengannya untuk menampakan anda tinggi.

2. Shoe pad / shoe lifting


Ini namanya shoe pad or lifting. Just letak bende tu dekat dalam kasut dan try pakai. Mesti nampak tinggi. Terserah lah nak letak berape inici.

3. Corak baju


Menurut apa yang saya belajar time form 3 kelas ekonomi rumah tangga, corak baju yang anda pakai memainkan peranan untuk anda tampak tinggi atau rendah. Kalau anda pendek dan gemuk, cuba gayakan baju yang berjalur memanjang kebawah. Kalau tak suka baju yang bercorak jalur macam baju banduan seperti gambar di atas, pandai-pandai la cari fesyen stripe yang lain. InsyaAllah, ia akan menampakan anda tampak tinggi.

ATAU


Anda juga boleh tampak tinggi dengan menggayakan long chiffon skirt.

Oke, so ini sahaja petua/ tips yang saya dapat bantu anda. Kite jumpe lain kali ye..bye-bye ^^