Monday, January 28, 2013

Pemandu berhemah?

Assalamualaikum.

Pagi tadi lepas je selesai solat subuh aku terus siapkan kerja sekolah. Tak tau la kenapa hari ni aku rajin sangat. Selalunya aku akan buat O.T tidur. Tau O.T? O.T tu maksudnya over time. Lepas je separuh kerja sekolah aku siap, tiba-tiba ayah panggil turun untuk makan. Hari ni punya breakfast memang grand gila la bagi aku. Nasi lemak, kebab dengan air milo. Grand la tu bagi aku. Seingat aku, kali terakhir aku bersarapan kebab time aku sekolah rendah dulu. Sayang gila kat mak ayah. Tau-tau je anak dara dia ni tengah kempunan burger. Tak dapat burger kebab pon jadi la kan? Disebabkan hari ni cuti Thaipusam, tiba-tiba teringin nak main boling.

Nak di jadikan cerita, hari ni aku drive pergi Bukit Beruntung. Ya Allah, takut gila aku. Ayah suruh aku drive?! Sebelum keluar rumah tadi ayah suruh aku amek kunci kereta kancil. Aku pon amek je la. Pastu ayah suruh drive.  Memang aku merengek tak nak la. Then ayah pun mengalah. Sampai je dekat Rasa, ayah stop kereta dekat tepi jalan. Pastu suruh aku drive. Nak menangis aku di buatnye. Lesen P aku tak siap lagi. Hari jumaat ni baru siap. Ayah kata takpe dan kalau da ada lesen tapi tak berlatih memandu apa gunanya keluar duit beratus-ratus hanta belajar drive.

Sepanjang aku drive kereta tadi memang mulut aku tak henti berselawat, berzikir sume. Takut kot..! Nak-nak nya lagi ayah yang duduk kat sebelah tengah cakap-cakap disamping ada sedikit membebel kat aku. Aku da la tak boleh fokus drive kalau ada orang cakap-cakap. Sampai je kat seimpang mana entah...aku sepatutnya tukar gear. Tapi aku tertukar gear satu then tak boleh masuk. Panik gila time tu! Tak jadi nak belok. Lepas tu ayah marah-marah dia suruh aku stop. Then dia yang drive. Hahahaha!! Itu yang aku nak sebenarnya. So, kepada kawan-kawan yang nak sangat tumpang kereta aku drive, baik jangan la buat masa ni. Aku pun sebenarnya belum yakin lagi nak bawak penumpang. Nak-nak lagi kalau anak orang.
Jadi, ni la kereta yang akan aku gunakan untuk berjalan-jalan, bersiar-siar. Berani ke aku ? Dalam banyak-banyak kereta yang ada dekat depan umah aku tu, kereta kancil ni je la yang aku rasa aku yakin nak drive